Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

19 Oct 2018

Program Jejak Maklumat 2018

Pada 17 Oktober 2018 (Rabu) telah diadakan Program Jejak Maklumat 2018 yang melibatkan kolaborasi Unit Pusat sumber IPG Kampus Ipoh dengan PKG Tasek dan PPD Kinta Utara. Seramai 50 orang pelajar (25 orang sekolah rendah, 25 orang sekolah menengah) terpilih sekitar Kinta Utara terlibat menjayakan program ini. Malahan, seramai 12 orang guru pelatih IPG Kampus Ipoh telah dipilih untuk menjadi hakim bagi setiap pertandingan mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dibuat di Dewan Seri Melati yang turut dihadiri Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi (Pensyarah Cemerlang Jusa C - mewakili Pengarah IPG Kampus Ipoh) serta pegawai-pegawai PKG dan BTPN Perak. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat.


0 comments:

Post a Comment