Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

1 Jul 2019

Peraduan 'iloveIPGKIlibrary" sempena Hari Raya Aidil Fitri 2019 & Majlis Sejambak Budi


Pada 23 Mei 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan peraduan 'iloveIPGKIlibrary' sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Bagi tujuan tersebut, Unit Perpustakaan telah membina photo booth yang bertemakan Aidil Fitri. Peraduan ini diadakan di media sosial Facebook dan terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh kecuali Pegawai dan kakitangan Perpustakaan. iloveIPGKIlibrary2019

Pada 26 Jun 2019, pemenang peraduan ini telah diumumkan semasa sambutan Aidil Fitri 2019 Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Majlis ini di rasmikan oleh En. Shaddin bin Sabri (KUKP IPGKI) . Pemenang bagi Peraduan Bergambar di Photobooth Aidil Fitri#IloveIPGKIlibrary bagi kategori Pensyarah ialah Dr.Saidah bt Haris, Dr.Mohd.Yusri bin Bakir, Pn. Selina Liew dan Dr. Baskaran a/l Kannan. Manakala pemenang bagi kategori kumpulan sokongan ialah Pn.Taslimah bt Sairi dan Pn. Hjh Salmah bt Yazid. Manakala bagi kategori guru pelatih pula ialah Cik Alice Wong.

Tahniah kepada semua pemenang. 




Disamping sambutan Aidil Fitri ini, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga telah mengadakan Majlis Sejambak Budi bagi menghargai jasa dan komitmen Pn. Hayati Bt Mat Desa (mantan Penolong Ketua Unit Perpustakaan I )  dan Pn. Nor'Azah Binti Abdul Aziz (mantan Penolong Ketua Unit Perpustakaan II) sepanjang bertugas di Unit Perpustakaan ini.


Gambar Aidil fitri dan Majlis Sejambak Budi Aidil Fitri 2019 & Majlis Sejambak Budi

0 comments:

Post a Comment