Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

17 Jul 2019

Seminar Klik, Share & Viral




Pada 17 Julai 2019. Bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh telah diadakan Seminar Klik, Share & Viral yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama IPG Kampus Ipoh. Seminar ini telah dihadiri oleh pelbagai jabatan dari sekitar Ipoh; di antaranya Mahkamah Syariah Ipoh, IPG Kampus Ipoh (pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih), Kementerian Dalam Negeri, Politeknik Ungku Omar, Kolej Komuniti Sungai Siput, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Latihan Perindustrian.

Seminar ini terbahagi kepada dua slot. Slot pertama disampaikan  oleh Ustaz Ahmad Munawir bin Salahudin (Jabatan Agama Islam Perak) yang bertajuk "Fitnah: Media Baharu". Manakala slot kedua pula oleh Ustaz Mohd Faizal bin Mohd Akhir (Jabatan Agama Islam Perak) yang bertajuk "Gara-gara Obses Media Sosial". Seminar ini telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Yusof bin Husin (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak). 



0 comments:

Post a Comment