Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

12 Oct 2019

Lawatan dari SMK Wira Jaya, Ipoh

12.10.2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima lawatan dari SMK Wira Jaya, Ipoh . Seramai 24 orang pelajar dan 7 orang guru pengiring dalam lawatan ini. Rombongan SMK Wira Jaya ini di sambut oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) , En. Fazli (Pensyarah IPGKI), En  David a/l Rayappan dan Pn. Nasimah bt Abdul Jal. En. David a/l Rayappan memberi penerangan mengenai koleksi dan perkhidmatan yang disediakan  di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Selain itu, turut dikongsikan tentang kejayaan KIK di IPG Kampus Ipoh. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin berbesar hati dengan lawatan ini. Beliau merakamkan penghargaan kepada Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Nazariah bt Mat Mizar dan Pn. Asrofah Anuas yang berkerjasama membuat persiapan.

0 comments:

Post a Comment