Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

20 Feb 2020

Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara JAKOA Perak dan IPG Kampus Ipoh Sempena Program Kembara Diskusi Ilmu Siri 2/2020 di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U), Perak


20 Februari 2020 - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara JAKOA Negeri Perak dan IPG Kampus Ipoh sempena Program Kembara Diskusi Ilmu Siri 2/2020 di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U), Perak. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Asmuni Awi (Exco Kerajaan Negeri Perak - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak). Dalam majlis ini menyaksikan En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh) dan Tuan Harulnizam b. Abd Rahman ( Pengarah JAKOA Perak dan Kedah) menandatangani nota kerjasama. Hasil daripada kerjasama serta kolabarasi di antara Jakoa Perak dan IPG Kampus Ipoh ini akan membolehkan Jakoa Perak menggunakan tenaga-tenaga pakar serta fasiliti yang terdapat di IPG Kampus Ipoh dalam program-program yang melibatkan masyarakat Orang Asli terutamanya dalam aspek pendidikan.

Turut hadir, Dr. Abdul Hadi bin Dawi (Pensyarah Cemerlang), Dr. Kasran bin Mat Jiddin dan ramai lagi. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Pn. Sabariah binti Khairuddin dan Pn. Nazariah binti Mat Mizar mewakili Unit Perpustakaan. Di antara aktiviti yang dilaksanakan ialah galakan membaca (penyerahan bahan bacaan), fun learning, motivasi, bimbingan pra sekolah, dialog akademik, aktiviti seni dan pembelajaran bermakna kepada guru-guru. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga program ini dapat memberi perubahan dan kesedaran kepada masyarakat Orang Asli bahawa betapa pentingnya pendidikan demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.

0 comments:

Post a Comment