Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

5 Mar 2020

Bengkel Tulis dan Terbit


5 Mac 2020 (Khamis) - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menganjurkan Bengkel Tulis dan Terbit. Bengkel ini di adakan di Mini Teater IPG Kampus Ipoh. Bengkel ini dirasmikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh). Seramai 34 orang Pensyarah. Turut hadir Tn. Haji Nazari bin Abdul Hamid (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak).

Sesi Pertama di isi oleh En. Hairi bin Yahya. Perkongsian beliau bertajuk ' Impian Aku Jadi Penulis Rencana'. Beliau berkongsi perjalanan usaha beliau menulis. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) kerana mempelawa beliau menyumbang artikel untuk menerbitkan Taman Berkarya yang menjadi medium untuk terus menulis.Sesi Kedua pula di isi oleh Dr. Zabidin bin Haji Ismail (Persatuan Karyawan Perak). Beliau juga berkongsi pengalaman beliau menulis dan usaha menerbitkan buku termasuklah mendapatkan ISBN.Sesi Ketiga pula di isi oleh En. Hamdan bin Haji Yaakub. Dalam sesi ini, beliau berkongsi pengalaman bagaimana beliau terjebak dalam bidang penulisan dan menerbitkan sendiri buku beliau.

Sebelah petang, En. Muhammad Norrudin bin Abdul Aziz mengisi sesi keempat. Beliau berkongsi tips menembusi penerbitan buku di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sesi Kelima,En. Faizal bin Sabikon dari Bookline Services. Dalam sesi ini ,beliau berkongsi formula pemasaran buku.
Alhamdulillah, Bengkel Tulis dan Terbit dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga perkongsian Penceramah dalam bidang penulisan, penerbitan dan pemasaran buku dapat membantu serta memberi inspirasi kepada semua Pensyarah untuk terus berkarya.
Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Tidak lupa ucapan tahniah kepada Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan), Pn. Nazariah bt Mat Mizar, Pn. Asrofah bt Anuas dan En. Mustafa bin Isram atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini.
Tahniah

0 comments:

Post a Comment