Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

15 Apr 2020

Program Bicara Buku Dalam Talian : Dr. Saidah Harith dan Cik Khairin Hanania


15 April 2020. Alhamdulillah. Buat pertama kalinya Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya menganjurkan Program Bicara Buku Dalam Talian (maya). Sebelum ini, program ini dilaksanakan setiap tahun secara formal iaitu di perpustakaan atau lokasi terpilih. Namun begitu, sempena PKP ini inisiatif digital diguna pakai demi menyokong aktiviti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Bacaan Kegemaran Saya (dalam talian). Klik Program Bicara Buku Atas Talian Bersama Dr. Saidah Harith & Cik Khairin Hanania

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Saidah Harith pensyarah IPG Kampus Ipoh dan Cik Khairin Hanania binti Mohd Sani guru pelatih IPG Kampus Ipoh yang menjayakan program pada minggu ini. Nantikan kemunculan beberapa lagi peserta yang berminat untuk berkongsi pembacaan mereka.

Semoga program ini menjadi platform kepada pensyarah dan guru pelatih untuk berkongsi idea, cerita dan pengalaman tentang buku yang dibaca.

#bacaankegemaransaya_pnm
#upustaka
#bicarabukudalamtalianperpustakaanipgki2020
#perpustakaanipgkampusipoh2020
#juststayathome
#perintahkawalanpergerakan
#bacabukudirumah
#KementerianPelanconganKeseniandanKebudayaanMalaysia

0 comments:

Post a Comment