Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

3 Jun 2020

Temubual : Penerimaan Sebagai Rakan Rujuk Bagi Program Perkongsian Ulasan Buku



3 Jun 2020 - Pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia khususnya Perpustakaan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengadakan temu bual bersama Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh). Temu bual tersebut melalui panggilan video. Tujuannya adalah untuk mengetahui dan berkongsi maklumat tentang Program Bicara Buku Atas Talian (maya) yang telah berjaya dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh serta mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Sabariah bt Khairuddin (pustakawan) yang memberi komitmen yang tinggi demi menjayakan program tersebut.

0 comments:

Post a Comment