Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

17 Sept 2020

Bengkel Literasi Maklumat - Unit W2


Pada 17 September 2020 (3.30 ptg -4.30 ptg), Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini diadakan dalam Ruang Bacaan Perpustakaan. 

Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh  Pn.Nasimah bt Abdul Jal, Pn.Nazariah bt Mat Mizar dan En. Mustafa Isram. Seramai 18 orang guru pelatih dari Unit W2 yang menghadiri bengkel ini. 

Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan jurnal online yang telah dilanggan oleh pihak IPGM (E-LIB) dan PNM (U-Pustaka) bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan  membuat tesis /assignment. Jurnal online ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih. 

Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini dan terima kasih atas sokongan Dr. Mohd Nazri Zainuddin  pensyarah Jabatan Pengajian Melayu bagi subjek Pengenalan Kebudayaan Melayu.

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat mengalu-alukan kepada semua pensyarah dan pelatih yang berminat untuk mengikuti bengkel ini mengikut kesesuaian masa masing-masing. Tempahan boleh dibuat di kaunter Sirkulasi

0 comments:

Post a Comment