Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

5 Mar 2021

Bengkel Ilustrasi dan Reka Letak Buku

 


4 Mac 2021 - Tahniah kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan dan Latihan kerana telah menjayakan Bengkel Ilustrasi dan Reka Letak Buku.

Bengkel ini di sampaikan oleh En. Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakob (Pensyarah Politeknik Ungku Omar Ipoh) dan En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar (Pegawai Pengurusan IPG Kampus Ipoh).
Seramai 30 orang peserta terdiri dalam kalangan pensyarah, pegawai pengurusan dan staf menghadiri bengkel ini. Turut dihadiri En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Manakala lebih 2,000 tontonan secara langsung Bengkel Ilustrasi dan Reka Letak Buku 2021 telah ditonton sehingga kini. En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor @Mat Nor selaku Ketua Unit Perpustakaan merangkap moderator bengkel bengkel ini merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada semua yang menjayakan bengkel ini.



0 comments:

Post a Comment