Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

23 Jun 2021

Mesyuarat Ketua Pusat Sumber dan Mesyuarat Pustakawan


Mesyuarat Ketua Pusat Sumber dan Mesyuarat Pustakawan telah diadakan pada 17 Jun dan 22 Jun 2021 secara dalam talian bersama Pustakawan IPGM di Cyberjaya.

Tahniah kepada Ketua Pusat Sumber dan Pustakawan kerana telah menghadiri mesyuarat ini.

Antara perkara yang dibincangkan ialah Perpustakaan Hybrid yang akan diwujudkan dimana sebuah repositori maklumat yang lebih mesra pengguna akan dibangunkan, Perisian Antiplagiat akan dibekalkan kepada semua kampus dan perbincangan idea-idea baharu untuk kemudahan para pengguna perpustakaan di masa akan datang.

Semoga sesi Bual Bicara ini dapat direalisasikan untuk pembangunan perpustakaan pendidikan bertaraf antarabangsa.

#perpustakaanipgkampusipoh 
#upustakapemacunegaramembaca
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst

0 comments:

Post a Comment