Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

14 Jun 2021

Program Bicara Buku Dalam Talian 2021 : Syarat Penyertaan

14 Jun 2021 - Unit Perpustakaan menjemput semua Warga IPG Kampus Ipoh dan Warga Maya Perpustakaan IPG Ipoh untuk berkongsi mengenai buku yang dibaca, ditulis ataupun penerbitan bersama.

Semua jenis buku boleh digunakan dan ulasan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

1. Setiap ulasan hendaklah dalam bentuk rakaman video berdurasi 1-2 minit.

2.  Bagi penulis, ceritakan serba sedikit pengalaman dan cabaran dalam menyiapkan sebuah penulisan / sebuah buku yang dihasilkan serta rekomendasi kepada pembaca.

3. Bagi pembaca, ulas sedikit mengenai buku tersebut dan mengapa perlu mendapatkan buku tersebut untuk bacaan ataupun koleksi peribadi.

4. Sila hantar kepada Unit Perpustakaan melalui Telegram atau WhatsApp di nombor yang telah dikongsi melalui group rasmi IPGKI dan bagi warga maya boleh menghantarkan ke emel rasmi kami di perpustakaanipgki@gmail.com

5. Video yang dihantar akan menjadi hak milik Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

6. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta.

Bersama-sama ini disertakan Teknik Bicara Buku yang disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan, En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor sebagai panduan.

#juststayathome
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#kitajagakita
#perpustakaanipgikampusipoh
#staysafeeveryone
#bicarabukuipgki2021
#upustaka
#perpustakaannegaramalaysia

0 comments:

Post a Comment