Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

21 Oct 2021

Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang : Siri 3 - Rawat Buku Kita

20 Oktober 2021 - Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan dan pelajar latihan industri Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menjalankan Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber, SK Seri Ampang bagi siri ke 3 yang bertemakan Rawat Buku Kita.

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada Penceramah Jemputan kami dari Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sarawak Pn. Rosfatimah Wasli Pustakawan, kerana sudi berkongsi ilmu dalam merawat buku kita.

Terima kasih kepada semua Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang kerana menyertai bengkel ini selama 3 siri. Semoga menjadi Pengawas Pusat Sumber yang berkaliber dan berinovasi.

Semoga kerjasama ini terjalin utuh. 

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#bengkelkemahiranperpustakaanpengawaspsskseriampang

0 comments:

Post a Comment