Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

7 Dec 2021

Majlis Penyampaian Anugerah Khas Perpustakaan dan Hadiah anjuran Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2021

7 Disember 2021 - Majlis Penyampaian Anugerah Khas Perpustakaan dan Hadiah anjuran Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2021 telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPGKI. Turut hadir dalam majlis ini Timbalan Pengarah dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan.

Majlis ini diadakan untuk menghargai pengorbanan staf perpustakaan yang sangat komited berkhidmat sepanjang tahun terutama dalam tempoh PKP 3.0 bagi memastikan pengguna perpustakaan sentiasa mendapat maklumat serta info bermanfaat daripada perpustakaan. Selain itu, bagi menghargai pengguna perpustakaan yang selalu memberi sokongan dengan menyertai setiap aktiviti anjuran perpustakaan penyampaian hadiah turut diadakan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan penerima hadiah pertandingan anjuran perpustakaan sepanjang tahun 2021.

Sekalung perhargaan dan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan majlis ini.

#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

0 comments:

Post a Comment