Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

29 Dec 2021

Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman Bersama Pn. Wirda Lisa @ Hanim Dalina bt Mohd Arshad

 


29 Disember 2021 - Terima kasih diucapkan kepada Puan Wirda Hanim kerana sudi hadir ke Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh untuk berkongsi pengetahuan beliau dalam menganjurkan aktiviti anjuran perpustakaan bersama Prasekolah Seri Mawar pada tahun hadapan.
Pengetahuan dan pengalaman beliau yang dikongsikan bersama pelajar latihan industri ini akan dijadikan panduan dan nilai tambah untuk aktiviti yang sedang dirangka. Semoga perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Zety Aziz yang turut hadir bagi memberi cadangan dan idea bernas untuk perancangan ini.
Nantikan aktiviti kami yang dijangka akan diadakan pada 19 dan 20 Januari 2022.

0 comments:

Post a Comment