Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

4 Mar 2022

Anugerah Webmaster Aktif 2021 : Tahniah Pn. Nasimah bt Abdul Jal


4 Mac 2022 - Tahniah diucapkan kepada Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menerima Anugerah Webmaster Aktif 2021. Anugerah tersebut disampaikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh semasa Perhimpunan Organisasi Bulan Mac 2022 dan Majlis Santunan Budi yang telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa bangga dan gembira diatas pencapaian ini. Semoga anugerah ini menjadi inspirasi untuk pencapaian yang lebih baik.


#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki

0 comments:

Post a Comment