Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

23 Mar 2022

Bengkel Menulis dan Menerbit

 

21-22 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan telah menganjurkan Bengkel Menulis dan Menerbit dengan jayanya. Bengkel ini diadakan di Dewan Seri Melati dan Mini Teater. Alhamdulillah, bengkel ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Melalui bengkel ini, En. Shamsuddin bin Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu sebagai penceramah telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada semua pensyarah yang menghadiri bengkel. Beliau turut dibantu oleh Tn. Haji Abdul Rani bin Hassan dan Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah.
Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan setinggi penghargaan kepada peserta kerana berjaya menghadiri bengkel ini sehingga dapat menghasilkan karya. Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menganjurkan bengkel ini.








0 comments:

Post a Comment