Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

22 Jun 2022

Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 : Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia IPG Kampus Ipoh


22 Jun 2022 : Tahniah kepada Jabatan Teknologi Pendidikan Dan Multimedia, IPG Kampus Ipoh telah menghasilkan pameran bertema Jabatan/Unit di Sudut Seri Refflesia, Unit Perpustakaan.

Bertemakan "Pendidikan Digital" dengan memberi penekanan kepada pendidikan digital sebagai pendedahan kepada warga pendidik berkenaan teknologi dunia pendidikan era masa kini.
Pameran ini menerapkan elemen yang ada dalam Sekolahku SEJAHTERA seperti elemen seronok, eksplorasi dan rasionalisasi bagi pemangkin semangat guru-guru dan murid menyediakan diri ke alaf baharu.
Semua pengunjung dialu-alukan ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah digital yang dipamerkan.
 
Semoga pameran ini memberi inspirasi kepada pengunjung justeru memberi impak dalam melakar kerjayaan yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa akan datang.
        
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#pameranbertema 
#perpustakaanipgki

0 comments:

Post a Comment