Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

28 Jun 2022

Program Bual Bicara : Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa

28 Jun 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menghadiri Program Bual Bicara : Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2022  Peringkat Negeri Perak. Program ini telah diadakan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Perak. Program tersebut menampilkan 3 orang panel yang tidak asing lagi iaitu Dr. Norhazlina Hussin, En. Baljeet Singh a/l Piara Singh dan En. Chai Loon Guan manakala En. Azhar bin Osman (Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Ipoh) selaku moderator. Program ini juga telah disiarkan secara langsung melalui Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak https://fb.watch/dW9oLnI05t/ dan Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka https://youtu.be/ZB0wCi-v8Dc
Semoga apa yang dikongsikan panel program ini dapat dimanafaatkan oleh penonton.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#GoGlobal


0 comments:

Post a Comment