Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

23 Jun 2022

Sumbangan Buku/Terbitan Bersiri 2022 : Tahniah dan Terima Kasih Unit T10, T11 & T12

23 Jun 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada siswa guru Unit T10, T11 dan T12 kerana berjaya menerbitkan buku berjudul "Ciri Guru Profesional 2022". Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Azlan bin Lin. 

Terima kasih atas sumbangan buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan di Perpustakaan . Sumbangan tersebut disampaikan oleh Saudara Muhammad Hafizal bin Shahrudin bagi mewakili Unit T10, Unit T11 dan Unit T12. Turut hadir En. Zulkufli bin Mahayudin (Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) dan Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi (Pensyarah Cemerlang Khas C).

Kredit : http://jip.ipgki.my/2022/06/23062022-kppb-edup3083-prka-3042-siswa.html

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#bukuterbitanipgki

0 comments:

Post a Comment