Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

12 Aug 2022

Majlis Penghargaan Tamat Latihan Industri

12 Ogos 2022 - Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi meraikan tamatnya praktikal bagi pelajar latihan industri  selama 5 bulan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh ini. Ketua Unit Perpustakaan merakamkan penghargaan kepada Cik Nur Atikah bt Ishak dan Cik Nursyahirah bt Mohamed Fesal  atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga pembelajaran dan pengalaman selama bersama team Perpustakaan dapat dimanafaatkan apabila berada di alam perkerjaan suatu hari nanti. 

Diharapkan jua semoga ukhwah yang telah terjalin selama 5 bulan ini akan kekal hingga akhir hayat. 🥰

Majlis ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Pn. Salina bt Mokhtaram dan Pn. Taslimah bt Sairi yang sudi menyertai Program Penyusunan Semula Rekod Perpustakaan. Terima kasih Pn. Salina dan Pn. Taslimah atas kerjasama yang diberikan selama program ini dilaksanakan. 🥰
Terima kasih juga diucapkan kepada semua staff yang hadir memeriahkan majlis. 

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#latihanindustri
#perpustakaanipgki
#uitm

0 comments:

Post a Comment