Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

8 Sept 2022

Majlis Perasmian Program Integrasi Mesra dan Galeri Budaya Mekar

07 September 2022 – Unit Perpustakaan dan Unit Pengajian Cina IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Perasmian Program Integrasi Mesra dan Galeri Budaya Mekar di dalam perpustakaan.

En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh) telah berbesar hati merasmikan program tersebut.
Beliau memberikan penghargaan kepada Pengarah IPG Kampus Ipoh atas cetusan idea kerana mempromosikan Bahasa Cina sebagai subjek tier 1 di IPG Kampus Ipoh. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah diatas kerjasama yang telah diberikan oleh Unit Perpustakaan dan Unit Pengajian Cina untuk merealisasikan program ini.

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

0 comments:

Post a Comment