Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

22 Nov 2022

Pameran Bertema : Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Ipoh


Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Ipoh telah menghasilkan pameran bertema Jabatan di sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan. 

Pameran yang disediakan adalah bertemakan “PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN MEMACU KESEJAHTERAAN HIDUP”. Tema ini adalah bertepatan dengan amalan dan budaya yang sentiasa dilazimi oleh para pensyarah dan penuntut program Jabatan PJPK IPG Kampus Ipoh. Ianya diserlahkan dalam pelbagai bentuk amalan; antaranya amalan pemakanan sihat, beriadah sekitar kampus, bertanding dalam acara sukan seperti KAGUM serta menghayati nilai estetika dalam pergerakan manusia tatkala memberi sokongan kepada pasukan Malaysia dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah.

Peranan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di IPG Kampus Ipoh berfungsi untuk membekalkan siswa guru dengan ilmu yang membolehkan mereka mendorong lahirnya masyarakat yang aktif, cergas dan sihat selaras dengan hasrat melahirkan guru yang kompeten, berilmu dan kalis masa hadapan. Bak kata pepatah Latin yang kekal relevan selama-lamanya “Mens sana en corpore sano”, minda yang waras letaknya di dalam tubuh yang sihat.

Antara bahan yang dipamerkan ialah bahan-bahan rujukan akademik berkaitan dengan Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Pemakanan, Kaedah Latihan serta Fisiologi senam.

Selain itu, dipamerkan juga model tubuh manusia dengan organ-organ dalaman yang boleh dicerai dan dipasangkan semula. Tidak ketinggalan, model beberapa sendi utama tubuh juga dipertontonkan.

Semoga pameran ini dapat memberi panduan yang jelas kepada para pengunjung agar proses pembelajaran mahupun amalan sebarang aktiviti fizikal menjadi lebih bermakna sepertimana yang disarankan dalam konsep KPPB, bukannya sekadar omongan dan persembahan canggih di dunia maya.


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#perpustakaanipgki

#perpustakaanipgikampusipoh 

#pameranbertema


#sudutserirafflesia





0 comments:

Post a Comment