Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

6 Jan 2023

Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera Universiti Sains Malaysia

 


6 Januari 2023 - Unit Pengajian Melayu bersama Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya mengadakan Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera bersama mahasiswa Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia. Program ini berlangsung dari 5-7 Januari 2023 di Dewan Seri Tanjung dan Dewan Seri Melati.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Turut hadir Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPIP, Universiti Sains Malaysia, Dr. Fadzilah Amzah, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, En. Shamsudin bin Abu bakar, Ketua Unit Perpustakaan, En. Hasri bin Abu dan Para Pensyarah IPG Kampus Ipoh.

Program bertujuan memperkasa pengetahuan pedagogi dalam pengajaran sastera. Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada peserta yang terlibat dan mengukuhkan lagi hubungan di antara USM dan IPG Kampus Ipoh khususnya dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu.

" Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa "

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#programbersama2023  

#2023perpustakaanipgki

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference




0 comments:

Post a Comment