Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

25 Jan 2023

Program 'Fun Learning @ Library'

18 Januari 2023 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya mengadakan Program 'Fun Learning @ Library' yang telah dikendalikan oleh Pelajar Latihan Industri UITM Cawangan Merbuk, Cik Putri Norzehan Nasbi binti Elias, Cik Nur Nadzirah binti Shaharuddin dan Cik Nur Fatin Khalilah binti Saharudin bersama adik-adik Prasekolah Seri Mawar, IPG kampus Ipoh. 

Unit Perpustakaan merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan atas kerjasama dalam menjayakan program ini. 

Turut hadir, En. Ahmad Jalalulail bin Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah), En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan), Cikgu Norzety binti Abdul Aziz (Guru Prasekolah), En. Mohamad Hafiz bin Hisamudin (Ketua Unit Khidmat pengurusan) dan semua kakitangan Unit Perpustakaan IPG kampus Ipoh.

Program 'Fun Learning @ Library' dipenuhi dengan aktiviti sukan riang ria, syoknya ekperimen sains, make up cake dan aktiviti mari menari. 

Aktiviti dimulai dengan senaman dan acara sukan riang ria. Aktiviti ini memberi pendedahan tentang pemakanan haiwan sambil berlari mencari padanan makanan yang sesuai pada kotak yang disediakan mengikut jenis haiwan. Syoknya eksperimen sains membolehkan kanak-kanak terlibat secara aktif dalam proses sains dan memberi peluang mencuba secara individu iaitu eksperimen ‘magic finger’ dan gula-gula pelangi. Aktiviti ‘makeup cake’ dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam menghias kek menggunakan krim dan pelbagai gula-gula manik yang disediakan. Aktiviti diakhiri dengan aktiviti mari menari bersama-sama staf perpustakaan. Semua peserta bergembira menari mengikut rentak dan irama lagu.

Penyampaian cenderahati kepada adik-adik Prasekolah Seri Mawar telah disampaikan oleh En. Ahmad Jalalulail b. Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah) bersama En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan).

Semoga adik-adik Prasekolah Seri Mawar mendapat input yang baik melalui program ini.

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#pelajarlatihanindustri

#funlearninglibrary

#prasekolahserimawar









0 comments:

Post a Comment