Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

9 Mar 2023

Lawatan Pemeriksa Luar (EEVE) Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Sejarah

9 Mac 2023 - Tahniah diucapkan kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menyambut kehadiran pelawat dari pemeriksa luar iaitu Profesor Madya Dr. Khairi Ariffin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Puan Salmi binti Ayob dari Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan IPGM KPM.

Para pemeriksa sangat berpuashati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh unit perpustakaan bagi memenuhi Standard Malaysian Qualification Agency (MQA) bagu menjamin kualiti berterusan bagi kursus yang disediakan.

Turut hadir bersama dalam lawatan ini, En. Azmi bin Mohamad @Md Jalani (Ketua Jabatan Sains Sosial), Dr. Hj Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris Ketua Pusat Pasca Siswazah, En Azhar bin Osman (Ketua Jabatan Kemerlangan Akademik), En. Yu Chee Han wakil dari Unit Peperiksaan dan Penganugerahan IPGKI serta pensyarah dari Jabatan Sains Sosial, Dr. Shanmuga Velu a/l Subramaniam, Pn Shuwaibah binti Rasidi dan Pn. Raziah binti Rasidi.

Terima kasih dari Unit Perpustakaan diatas kerjasama padu yang diberikan oleh semua. Semoga kerja berpasukan ini sentiasa berjalan dengan baik dan terus memberikan manfaat kepada semua pihak serta dapat mencapai tujuan yang sama.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh 

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#MQAPDPPSEJARAH








0 comments:

Post a Comment