Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

11 Jul 2023

KPPB : Bengkel Penulisan dan Penerbitan Suara Pensyarah JIP


Tarikh : 11 Julai 2023

Anjuran : Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh

Penyelaras : Dr. Hamdiah binti Jailani

Penceramah jemputan : En. Hasri bin Abu (KPS)

Editor : Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi (JPM)


En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan, IPGK Ipoh telah diberi tanggungjawab untuk memberi panduan tentang penerbitan buku dan proses-prosesnya dalam Bengkel Penulisan Dan Penerbitan Suara Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh. Bengkel dihadiri oleh para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh.  


En Hasri bin Abu, telah memberikan panduan yang komprehensif mengenai langkah-langkah penting dalam penerbitan buku.


Bengkel ini diharapkan memberikan pengetahuan yang bermanfaat kepada para penulis dan pensyarah di IPGK Ipoh. Dengan panduan dari En. Hasri bin Abu, diharapkan bahawa peserta dapat meningkatkan prestasi mereka dalam penerbitan buku dan menghasilkan karya yang berkualiti.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#story2023

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst

#makeadifference






0 comments:

Post a Comment