Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

6 Jul 2023

Program Literasi Maklumat : Unit Y4 Dan Unit Y5




6 Julai 2023 - Sesi perkongsian maklumat bersama siswa guru Unit Y4 dan Y5 dibawah bimbingan En. Mohd Zaki bin Jamaluddin mengenai pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM adalah inisiatif yang baik dalam meningkatkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan siswa guru yang telah disampaikan oleh Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan). Kemahiran literasi maklumat sangat penting dalam era informasi digital ini. Dengan perkembangan teknologi dan internet, terdapat banyak sumber maklumat yang tersedia dengan mudah.


Mereka juga diajar cara menggunakan Opac Apps Perpustakan dalam pencarian koleksi bahan yang terdapat dalam perpustakaan dan cara menggunakan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dengan lebih efektif. 


Penyertaan siswa guru dalam sesi perkongsian maklumat ini merupakan langkah yang positif dalam meningkatkan kemahiran literasi maklumat mereka. Dengan kemahiran ini, mereka akan dapat menjadi pengguna maklumat yang bijaksana, membuat keputusan yang berinformasi, dan berkomunikasi dengan tepat. Ini akan memberi manfaat kepada mereka dalam menyediakan tugasan yang berkualiti tinggi dan membantu mereka dalam peranan mereka sebagai pendidik.


#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst

#makeadifference

#literasimaklumat&media2023

#IPGKampusIpoh

0 comments:

Post a Comment