Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

4 Aug 2023

Bual Bicara Bersama Penulis : Bonda Nur



4 Ogos 2023 - En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan, bersama staf perpustakaan dan pensyarah IPG Kampus Ipoh telah berkesempatan untuk memenuhi undangan Perpustakaan PPANPk dalam Pesta Buku Perak 2023 dalam slot Bual Bicara Bersama Penulis : Bonda Nur. 


Slot Bual Bicara Bersama Penulis ini turut dihadirkan bersama beberapa penulis terkenal bagi berkongsi karya penulisan masing-masing. Antaranya penulis Aziana Ar dan Bonda Nur sendiri bagi buku berjudul Penulis Urus Rezeki. Buku Penulis Mat Rider bersama penulisnya iaitu Bonda Nur, Nadhirah Arib, Khadijah Mohad Nor dan Faizah Ahmad. Manakala Rafiuddin Rohani, Hamka Idris, Rozilawati Mohamed dan Zulkifli Che Noh mengulas buku terakhir berjudul Penulis Ikon X. 


Perkongsian penulis menerusi bual bicara sebegini telah memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama menyelami jerit perih dan suka duka dunia kreatif yang sebenar selain menarik minat peserta untuk menghasilkan karya berkualiti serta memberi mesej positif kepada masyarakat.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#PerpustakaanPPANPk


Jom ikuti kemeriahan Pesta Buku Perak 2023 di pautan media sosial PPANPk:

Facebook: https://www.facebook.com/PPANPK 

Instagram: https://www.instagram.com/peraklibrary 

Tiktok: https://www.tiktok.com/@perakstatelibrary 

Portal: https://www.ppanpk.gov.my


MOH KITE WEH!!!

“Lestarikan Budaya, Martabatkan Warisan”

0 comments:

Post a Comment