Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

20 Sept 2023

Pertandingan Persona Merdeka Bersama Prasekolah Seri Mawar



 PERTANDINGAN PERSONA MERDEKA BERSAMA PRASEKOLAH IPGKI


20 September 2023 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya mengadakan Pertandingan Persona Merdeka bersama adik-adik Prasekolah Seri Mawar, IPG kampus Ipoh. 


Unit Perpustakaan merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan atas kerjasama dalam menjayakan program ini. 


Turut hadir, En. Ahmad Jalalulail bin Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah), En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan), Pn. Mastura binti Karimuddin (Pensyarah JIP) Cik Jami’ah binti Ismail (Pegawai Pengurusan UPP) Cikgu Norzety binti Abdul Aziz (Guru Prasekolah), dan semua kakitangan Unit Perpustakaan IPG kampus Ipoh.


Pertandingan Persona Merdeka memperlihatkan adik-adik Prasekolah Seri Mawar memperagakan busana bertemakan kemerdekaan Malaysia, tradisional, kebudayaan dan etnik Malaysia sempena minggu kebangsaan. Acara seperti ini boleh memperkukuhkan rasa cinta kepada tanah air dan penghargaan terhadap kekayaan budaya Malaysia. 


Tahniah kepada semua adik-adik Prasekolah Seri Mawar! Penyampaian cenderahati kepada adik-adik Prasekolah Seri Mawar telah disampaikan oleh juri pertandingan. Cenderahati ini tidak hanya memberikan penghargaan kepada peserta, tetapi juga memupuk semangat mereka dan memberikan dorongan positif. Semoga adik-adik Prasekolah Seri Mawar mendapat pengalaman yang gembira dan semoga semangat merdeka dan cinta kepada Malaysia terus berkobar dalam hati kita semua.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#pelajarlatihanindustri

#personamerdeka2023

#prasekolahserimawar

0 comments:

Post a Comment