Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

15 Jan 2024

Tahniah & Selamat Datang : En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar



Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh! Warga Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh turut berbesar hati menyambut kedatangan En. Badrul Hisham dalam peranan baru ini.


Kepakaran dan pengalaman En. Badrul Hisham diharapkan akan menjadi aset berharga dalam memimpin Unit Perpustakaan. Kami yakin dengan kepemimpinan yang cemerlang, Unit Perpustakaan akan terus mengukir kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti IPGM Kampus Ipoh.


Semoga perjalanan En. Badrul Hisham sebagai Ketua Pusat Sumber membawa kejayaan dan kemajuan kepada seluruh perkhidmatan perpustakaan. Warga Perpustakaan berharap agar kolaborasi yang erat antara beliau dan seluruh anggota perpustakaan dapat membawa Unit Perpustakaan ke aras yang lebih tinggi.


Tahniah sekali lagi kepada En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar. Semoga setiap langkah yang diambil membawa manfaat dan kecemerlangan kepada IPG Kampus Ipoh. Teruskan usaha dalam memajukan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan!


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda

0 comments:

Post a Comment