Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

23 Feb 2024

Laporan Keseluruhan Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024

 LAPORAN KESELURUHAN AUDIT DALAMAN ISO21001:2018 SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS) TAHUN 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH.



Tahniah kepada Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh atas pencapaian yang baik dalam Pembentangan Laporan Keseluruhan Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024. Empat kekuatan yang diperoleh menunjukkan kesungguhan dan usaha yang telah dilakukan oleh unit perpustakaan.


1. Urusan peminjaman buku telah menggunakan Sistem Sirkulasi App 

2. Urusan penggunaan pencarian buku melalui OPAC  

3. Urusan penyebaran maklumat dengan menggunakan QR Code dan media social (Facebook). Facebook Perpustakaan sangat aktif 

4. Urusan pendaftaran masuk pengguna perpustakaan


Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh dalam mematuhi piawaian ISO21001:2018, malah menunjukkan komitmen terhadap penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna. 


Semoga perpustakaan akan terus bersinar dan terus memberi manfaat yang besar kepada pengguna.


#eoms2024 

#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024

0 comments:

Post a Comment