Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

2 Apr 2018

Pelantikan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Sebagai AJK Persatuan Karyawan Pk Sesi 2018 - 2020



Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit PusatSumber / Pensyarah Kesusasteraan Melayu) kerana dipilih menjadi AJK Persatuan Karyawan Pk bagi Sesi 2018-2020. Pemilihan AJK inidijalankan semasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang diadakan di Hotel Casuarina @Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Unit Pusat Sumber berasa bangga di atas pelantikan ini dan secara tidak langsung menaikkan nama IPG Kampus Ipoh.

Dekorasi Rak Buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh


Pada 27 dan 28 Mac 2018, Puan Sabariah Khairuddin (Pustakawan) telah mendekorasi rak-rak buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Beliau dibantu oleh Pn. Nasimah Abdul Jal dan En. Mohd Taha bin Alang Othman.

Kelas Literasi Maklumat dan Media Siri 1 /2018

Pada 29 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Kelas Literasi Maklumat dan Media Siri 1. Kelas ini telah dihadiri oleh guru-guru pelatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Aktiviti Pameran Bahan Bacaan Koleksi Peribadi Pensyarah : Dr. Ooi Heang Beng

Sepanjang 2 minggu ini (2 -13 April 2018) Dr. Ooi Hean Beng (Jabatan Sains) mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Pusat Sumber. Semoga para pengunjung Pusat Sumber dapat mengambil peluang dan memanafaatkan pameran ini

12 Mar 2018

Pameran Inovasi : "Menyelesaikan Masalah Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Melalui Kit Permainan JOMME"

Mulai 12/3/2018 hingga 5/4/2018, Kumpulan Wadah (Jabatan Pengajian Melayu) yang dianggotai oleh Pn. Hjh Norehan bt Muhamad, En. Ruslan bin Abdullah, En. Ahmad Fazil bin Zainal Abidin dan Pn. Rozita bt Omar mempamerkan bahan inovasi yang bertajuk "Menyelesaikan  Masalah Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Melalui Kit Permainan JOMME" di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

Oleh itu, Dr/Tuan/Puan yang berkelapangan masa adalah dijemput ke Pusat Sumber untuk menyaksikan pameran tersebut. Sekian, terima kasih.

8 Mar 2018

Program Pinjaman Antara Perpustakaan


Pada 8 Mac 2018, En. David a/l Rayappan mewakili Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah ke Perpustakaan Za'ba IPG Kampus Tuanku Bainun  atas Program Pinjaman Antara Perpustakaan. Program ini sangat penting bagi memenuhi keperluan pengguna Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh terutamanya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Terima kasih diucapkan kepada pihak Perpustakaan Za'ba IPG Tuanku Bainun atas kerjasama ini. Syabas buat En.David a/l Rayappan atas komitmen yang diberikan. 

Sumbangan Buletin GEMA Edisi 2/2017. Vol.7

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Karyawan Perak kerana sudi menyumbangkan 7 naskhah buletin GEMA  Edisi 2/2017. Vol.7 terbitan Persatuan Karyawan Perak. Di antara maklumat yang terdapat di dalam buletin tersebut:

1. Program Bicara Karya; Zabidin Hj Ismail yang diadakan di IPG Kampus Ipoh pada 29 Julai 2017 anjuran Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.
2. Pelancaran buku "Monolog Jiwa" karya Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Hj Hamdan bin Yaakub.
3. Sajak "Pyrex Ros Hadiah Buat Bonda" karya Pn. Hjh Norehan bt Muhamad (Jabatan Peng. Melayu)

Semua warga IPG Kampus Ipoh di alu-alukan mengunjungi Pusat Sumber untuk melihat sendiri dan membaca buletin ini.



6 Mar 2018

Proses Kerja : Keratan Akhbar


Setiap hari En. David a/l Rayappan akan meneliti dan memastikan keratan akhbar yang akan dikongsikan dengan pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Selepas itu, Pn. Rafidah bt Mohd Aris akan menggunting dan mengasingkan keratan akhbar yang telah dipilih oleh En. David. Langkah terakhir, Pn, Nazariah bt Mat Mizar akan memaparkan di papan kenyataan sebelum dijilid untuk dijadikan bahan rujukan di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Sehubungan itu, terima kasih kepada para Pensyarah IPG Kampus Ipoh atas sumbangan langganan surat khabar yang sangat memberi manafaat kepada semua pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. 

Program Memartabatkan Kesenian Tempatan




Pada 4 Mac 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh), Hj Hamdan bin Yaakub, Hjh Nor Hashimah bt Mohamed Said telah dijemput untuk menjadi hakim pertandingan deklamasi sajak kategori remaja sempena "Program Memartabatkan Kesenian Tempatan" anjuran Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Hulu Kinta. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:

  Johan: Siti Nur Farah Atirah bt Abdul Fatah
  Naib Johan: Nor Aida Nadzirah bt Md Subri
  Ketiga: Nur Ain bt Abu Abas

Selain pertandingan deklamasi sajak, terdapat juga pertandingan-pertandingan lain seperti batu seremban, gubahan sirih junjung, anyaman ketupat, lontaran kasih sayang, lipatan kain batik, melukis poster, pakaian beragam dan pertandingan kolaj. Terdapat juga persembahan keroncong dari IPG Kampus Ipoh pimpinan Hj Meor Zahidi, tarian sewang, tulisan khat dan marhaban. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Aminuddin bin Hj Md Hanafiah (ADUN Hulu Kinta).

Bengkel Literasi Media dan Maklumat 2018



Pada 5 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Bengkel Literasi Media dan Maklumat. Bengkel tersebut di adakan di Makmal Simulasi Bestari, IPG Kampus Ipoh. Terdapat dua sesi dalam bengkel tersebut iaitu sesi pagi dikendalikan oleh Cik Noorzaimah Binti Razali manakala sesi petang dikendalikan oleh Cik Nur Aishah Binti Che Raimi. Seramai 22 orang pegawai dan kakitangan Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Ipoh dan seorang pegawai daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang menghadiri bengkel ini. 

Bengkel ini memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang maklumat di hujung jari. Selain itu, Penceramah juga berkongsi bagaimana menggunakan maklumat yang relevan dan selamat yang tidak melanggar undang-undang seperti penggunaan jurnal ilmiah. Melalui applikasi Overdrive  pula, pengguna dapat membuat pinjaman buku secara online dengan sangat mudah. Aplikasi ini juga menyediakan perkhidmatan koleksi berbentuk audio yang sesuai untuk pengguna Orang Kelainan Upaya (OKU). Keseluruhannya, bengkel ini memberi banyak pendedahan kepada pengguna dalam mengggunakan maklumat seharian dan mengenal pasti maklumat yang sahih.

Tahniah kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada penceramah daripada PNM atas kerjasama yang diberikan. Syabas diucapkan kepada pihak urusetia bengkel ini yang diketuai oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) dan dibantu oleh En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan).