Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

8 Aug 2018

Pemilihan Tokoh Nilam 2018 PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara


Pada 7 dan 8 Ogos 2018, pihak PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara  mengadakan "Pemilihan Tokoh Nilam 2018" .
Unit Pusat Sumber berasa bangga dan teruja kerana PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara telah memilih Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh sebagai tempat program tersebut. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) mengalu-alukan dan menyokong penuh program tersebut berjalan dengan lancar. Selain itu, Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) turut terlibat sama dalam sesi bengkel "Literasi Maklumat". Terima kasih dan tahniah Pn. Sabariah.

7 Aug 2018

Mengibarkan Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan Ke-61


Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelajar DPLI Beijing. Pada 6 Ogos 2018, seramai 5 orang (Aliffa, Arina Safwah, Satriah dan Mohd Hazimin) kerana membantu menghiasi Pusat Sumber dengan Jalur Gemilang. Semoga usaha baik mereka menjadi contoh kepada generasi muda lain sebagai tanda mencintai tanahair.

Perbincangan Pelaksanaan Program Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan

Pada 2 Ogos 2018 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus telah diadakan perbincangan di antara Penolong Ketua Unit Pusat Sumber  2 (Pn. Hayati bt Desa) dan Pustakawan (Pn. Sabariah bt Khairuddin) dengan 2 orang guru pelatih DPLI Beijing (Aliffa dan Alia) tentang pelaksanaan program Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan. Perbincangan berkaitan dengan pembentukan AJK pelaksana dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Semoga perbincangan tersebut dapat melancarkan lagi program yang dirancang. 

31 Jul 2018

Buletin UPS Edisi 1/2018

Alhamdulillah....Unit Pusat Sumber telah berjaya menerbitkan Buletin Unit Pusat Sumber Bil. 1/2018. Di dalamnya memaparkan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber sepanjang semester 1 yang lalu. Terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga berjaya melaksanakan penerbitan ini. Oleh itu, sesiapa ingin membaca buletin ini, silalah berkunjung ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. 

Mesyuarat Unit Pusat Sumber Bil. 3/2018

Pada 30 Julai 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Pusat Sumber Bil. 3/2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh  Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah  Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan S22), Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan S22 KUP), Pn. Nazariah bt Mat Mizar ( Pembantu Operasi) , dan En. Mohd Taha bin Alang Othman (Pembantu Operasi).

Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada 2018 ini. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi juga merakamkan uacapan syabas dan terima kasih kepada Pegawai dan kakitangan Unit Pusat Sumber yang komited dalam tugas dan usaha meningkatkan keceriaan dekorasi di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

30 Jul 2018

Perbincangan Melaksanakan Aktiviti Bersama Guru Pelatih DPLI Beijing

Pada 27 Julai 2018, 3 orang pelajar / guru pelatih DPLI Beijing telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) untuk mengadakan program / aktiviti. Di antara program yang akan dikelolakan oleh pelajar DPLI Beijing ini termasulkah Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan, Puisi Kemerdekaan, Malam Puisi Tiang Lampu dan Kelas Bahasa Cina. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya Allah.

Sumbangan Ikhlas Meringankan Beban En. Mohd Taha bin Alang Othman

Pada 27 Jun 2018 yang lalu, pihak Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menjalankan kutipan sumbangan ikhlas bagi membantu En. Mohd Taha bin Alang Othman yang sedang mendapat rawatan penyakit kanser tahap 4. Beliau juga terpaksa membayar semula wang kepada kerajaan Malaysia kerana telah mengambil cuti sakit melebihi had yang ditetapkan.

Pada 25 Julai 2018  Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menyerahkan kutipan sumbangan ikhlas tersebut kepada Pegawai Eksekutif Pn. Hazimah bt Sapian untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua warga IPG Kampus Ipoh yang telah menghulur sumbangan. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran. Insyah Allah.

26 Jul 2018

Bengkel Pemantapan Sistem Ilmu Di Bawah Program Transformasi Perpustakaan Maya Bagi Tujuan Penyelidikan dan PdP

Pada 23 dan 24 Julai 2018, Institut Pendidikan Guru Malaysia telah menganjurkan  Bengkel  Pemantapan Sistem Ilmu Di Bawah Program Transformasi Perpustakaan Maya Bagi Tujuan Penyelidikan dan PdP bertempat di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan IPG di seluruh negara. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah diwakili oleh Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan).

Bengkel ini memberi pendedahan dan latihan kepada semua Perpustakaan IPG bagi memantapkan lagi perkhidmatan Perpustakaan yang disediakan. Selain itu, bengkel ini juga membantu Perpustakaan IPG mengakses jurnal ilmiah secara online. Keseluruhannya, bengkel ini sangat bermanafaat kepada Perpustakaan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan yang efisien kepada pengguna.

Gambar lain : Bengkel Pemantapan Sistem ILMU Di Bawah Program...

Ceramah Sirah Sempena Karnival Titas 2018

Pada 25 Julai 2018 pukul 9.00 malam bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh telah berlangsung Ceramah sirah Sempena Karnival Titas 2018 yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Liew. Ramai pensyarah, guru pelatih dan masyarakat sekitar Hulu Kinta telah hadir untuk mendapatkan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Liew. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Abd. Aziz Bari, EXCO Pendidikan,, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan.



Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Perak Kali ke-17

Pada 21 Julai 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) telah menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Perak Kali ke-17 bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Ipoh. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Tan Kar Heng (EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian) negeri Perak. Pelbagai maklumat yang diperoleh semasa menghadiri mesyuarat tersebut. Semoga perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya