Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

13 Apr 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Peribadi Pensyarah ~ Tuan Haji Mohd Kamal

Pada 10 - 14 April 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Pensyarah Tuan Haji Mohd Kamal mempamerkan koleksi bahan bacaan peribadi beliau. Buku-buku beliau pamerkan berunsur agama Islam. Terdapat juga novel sejarah Islam seperti Perjanjian Hudaibiyah, Perang Khaibar, Perang Badar dan Perang Khandaq. Para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat dialu-alukan melihat sendiri buku-buku tersebut. Diharapkan jua para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mendapat manafaat melalui pameran ini. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan  Haji Mohd Kamal atas kesudian beliau mempamerkan koleksi bahan bacaan peribadi beliau.


0 comments:

Post a Comment