Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

7 Apr 2017

Program Memasyarakatkan Perpustakaan Desa

Pada 1 April 2017, Unit Perpustakaaan telah terlibat dengan Program Memasyarakatkan Perpustakaan Desa yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Dato' Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi. Seramai 72 orang guru pelatih telah mengikuti program ini iaitu sebagai peserta Bicara Buku, Pameran Alat Bantu Mengajar, Pengacara Majlis dan jualan buku. Program ini juga turut disertai oleh beberapa orang pensyarah IPG Kampus Ipoh. Antaranya ialah Hj. Hamdan bin Yaakub, Pn. Hayati Bt Mat Desa, Pn. Norehan Bt Muhammad, En. Hairi bin Yahya, En. Rosli bin Ngah dan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin sebagai panel Bicara Buku. Manakala Dr. Mohd Razak bin Nordin, Dr. Hajah Fatimah bt Ibrahim dan Haji Mokhtar bin Haji Rais sebagai hakim Pertandingan Bercerita. Program ini dirasmikan oleh YB. Ziad (ADUN Manjoi). Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

0 comments:

Post a Comment