Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

15 Jul 2019

Kunjungan Timbalan Pengarah IPGKI Ke Unit Perpustakaan IPGKI


Pada 15 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menerima kunjungan Tuan Mohd. Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Beliau di iringi oleh En.Shaddin bin Sabri (KUKP) dan En. Abu Kassim bin Ali Musa (Pensyarah JTP). Beliau di sambut oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan). Beliau melawat ke Kaunter Pinjaman & Pemulangan, Sudut Kanak-Kanak, Bilik Rujukan, Bilik Red Spot, Bilik Diskusi, rak Koleksi Terbitan IPG Kampus Ipoh dan Sudut Pameran KIK. Di samping itu, Dr. Mohd. Nazri bin Zainuddin memperkenalkan Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan. Terima kasih tuan atas kesudian tuan mengunjungi Unit Perpustakaan.
Selamat datang tuan dan selamat bertugas di IPG Kampus Ipoh.

0 comments:

Post a Comment