Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

13 Jul 2019

Program 'Fun Learning' di bawah 'Highly Immersive Programme' : SK Wira Jaya


Pada 13 Julai 2019 , dengan kerjasama Unit Perpustakaan dan Unit Pengajian Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh telah berkolaborasi bersama SK Wira Jaya,Ipoh mengadakan Program 'Fun Learning' di bawah 'Highly Immersive Programme'. Program ini di rasmikan oleh Pn.Suraya bt Harun, Ketua Jabatan Bahasa, IPG Kampus Ipoh. Program ini melibatkan guru pelatih Unit T7 (TESL) seramai 18 orang di bawah bimbingan Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz , dan 54 orang murid-murid SK Wira Jaya. Sebanyak 6 aktiviti yang di jayakan sepanjang program ini.
Terima kasih kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaanipgki) Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn.Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan), Pn.Nazariah Mat Mizar, Pn.Astofah bt Anuas dan Pn. Siti Hajar bt Ibrahim dalam membantu membuat persiapan dalam memastikan program ini berjalan dengan baik. Keseluruhannya program ini mencapai matlamat iaitu meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris secara 'Fun Learning' di kalangan murid sekolah rendah.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Fun Learning πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ·

0 comments:

Post a Comment