Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

17 Dec 2021

Lawatan ke Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta

 

Lawatan ke Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta

17 Disember 2021 - En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor (Ketua Unit Pusat Sumber) bersama Pn. Sabariah binti Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan) serta empat pelajar Latihan Industri (UiTM) Cik Muhainie binti Abdul Kadir, Cik Insyirah binti Ahmad Zulkhairi, Cik Izzaty binti Khamaruddin dan Cik Syafiqah binti Mohd Sabri mengadakan lawatan ke Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pelajar Latihan Industri Perpustakaan IPGKI berkaitan Pengurusan Perpustakaan Akademik disamping dapat mengeratkan silaturahim kedua buah perpustakaan. Perpustakaan IPGKI merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Abdul Halim (Penolong Pustakawan) dan seluruh kakitangan Perpustakaan ILKKM kerana sudi menerima kehadiran kami dan berkongsi maklumat yang berinfomasi untuk dibawa pulang bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perpustakaan. Semoga lawatan ini memberi impak yang positif dan meningkatkan motivasi semua.

0 comments:

Post a Comment