Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

16 Dec 2021

Lawatan Tapak Ke SK Seri Ampang, Ipoh

15 Disember 2021 - En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor (Ketua Unit Pusat Sumber) bersama Pn. Sabariah binti Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan) serta dua pelajar Latihan Industri (UiTM) Cik Muhainie binti Abdul Kadir dan Cik Insyirah binti Ahmad Zulkhairi mengadakan lawatan tapak ke SK Seri Ampang.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat lokasi dan mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah bagi mengadakan program yang bersesuaian pada tahun hadapan. Selain itu, penyerahan sijil dan hadiah sempena Bengkel Kemahiran Perpustakaan bagi Pengawas Sekolah turut diserahkan semasa sesi lawatan ini. 

Semoga program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya Allah.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh

0 comments:

Post a Comment