Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

14 Jun 2023

Hebahan : The Sixth World Congress On Extensive Reading



The Sixth World Congress On Extensive Reading

Unit Pengajian Inggeris dengan kerjasama Unit Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh menganjurkan aktiviti membaca di bawah program The Sixth World Congress On Extensive Reading.


๐Ÿ“Warga IPG Kampus Ipoh dijemput ke perpustakaan untuk  membaca buku yang disediakan di ruang khas 

๐Ÿ“Scan QR Code yang telah disediakan untuk memberi maklumbalas terhadap buku yang dibaca. 

๐Ÿ“Sijil penyertaan digital akan diberikan selepas anda memberi maklumbalas. 

๐Ÿ“Pembacaan buku juga akan direkodkan dalam SPLKPM.


Tarikh : 12 - 28 Jun 2023

Tempat : Perpustakaan IPGKI


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#6thworldcongressonentensivereading

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

6 Jun 2023

Selamat Hari Pustakawan Malaysia



SELAMAT HARI PUSTAKAWAN MALAYSIA 2023

Selamat Hari Pustakawan Malaysia kepada semua kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh! Hari ini adalah hari untuk menghargai dan menghormati peranan penting yang kita semua mainkan dalam memupuk budaya membaca dan pengetahuan di IPG Kampus Ipoh. Dengan komitmen dan dedikasi kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, perpustakaan menjadi tempat yang memberi inspirasi kepada pelajar dan staf untuk mengembangkan potensi mereka.


Kepada semua Kakitangan perpustakaan di IPG Kampus Ipoh, terima kasih kerana sentiasa memberikan bantuan dan nasihat kepada pengguna Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Kita adalah penjaga ilmu dan pintu gerbang kepada dunia pengetahuan dalam mendorong minat membaca dan memberikan akses kepada sumber-sumber ilmiah tidak ternilai harganya.


Semoga kejayaan dan kepuasan sentiasa mengiringi setiap langkah dalam mempromosikan kepelbagaian ilmu dan menghubungkan pengguna perpustakaan IPG kampus Ipoh dengan maklumat yang berharga. Selamat Hari Pustakawan Malaysia sekali lagi kepada semua kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh!


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#selamatharipustakawanmalaysia

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

Audit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

 

6 Jun 2023 : Audit keselamatan dan kesihatan pekerja telah dilaksakan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh oleh panel Juruaudit Tn. Hj Azhar bin Awang. 


Audit ini bertujuan untuk menilai keadaan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja dan memberikan cadangan penambahbaikan yang diperlukan.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#auditkeselamatan

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

1 Jun 2023

Hebahan Pemenang Pertandingan Read & Share @LIBIPGKI 2023 : Book Review



TAHNIAH PEMENANG PERTANDINGAN READ & SHARE @ LIBIPGKI 2023 : BOOK REVIEW.


Assalamualaikum, Salam Malaysia MADANI.


Kepada semua peserta pertandingan "Read & Share @LIBIPGKI 2023 : BOOK REVIEW", 


Dengan sukacitanya diumumkan pemenang bagi pertandingan ini


๐ŸŒ† Poster ๐ŸŒ†

Tan Pei Xin – Y7


๐Ÿ“ฝ️ Video ๐ŸŽฅ


Kategori Pelajar


1. Tarunisha A/P Jegathesan & Neevashini A/P Thamil Selvan –W6


2. Nurin ‘Ain Najah Bt Mohd Zairi & An Nur Nabihah Bt Zuraidi –W6


3. Nurul Izzah Binti Rosli & Asmaniza Binti Ismail – W5


Kategori Staff

Cik Jami’ah Binti Ismail


Tahniah kepada semua pemenang! 


Sila datang ke Perpustakaan IPGK Ipoh untuk menebus hadiah anda. Terima kasih.


Terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan bertemu lagi di pertandingan yang akan datang. 


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodeltea

31 May 2023

Penerbitan Buku : Tahniah



Tahniah atas penerbitan buku!!

Unit Perpustakaan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Arina binti Che Man, pelajar Unit U2 dan Joean Wong Joe Yee, pelajar Unit U8 atas penerbitan buku dan ebook.

Nur Arina binti Che Man telah berjaya menerbitkan buku dan ebook yang berjudul “Modul KIK”. 

Joean Wong Joe Yee telah menerbitkan ebook bertajuk “Koleksi Artikel Penyelidikan Pendidikan 2022”

Ini merupakan pencapaian yang mengagumkan. Unit Perpustakaan berharap buku dan ebook yang diterbitkan ini dapat mencapai kejayaan yang besar dan memberikan manfaat kepada ramai pembaca. Teruskan usaha yang cemerlang dan teruslah menghasilkan karya-karya yang hebat. 

Terima kasih atas sumbangan buku dan ebook ini sebagai bahan bacaan dan rujukan di Perpustakaan  


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#penerbitanbuku2023

#libraryipgki2023

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

Tamat Latihan Industri: Tahniah

 


TAMAT LATIHAN INDUSTRI.


Syabas dan tahniah kepada pelajar latihan industri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, iaitu Siti Aisyah Nabilah Binti Ismahisham telah menamatkan latihan di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dalam bidang kursus seni reka grafik.


Terima kasih atas sumbangan dan usaha beliau dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan di Unit Perpustakaan. Selama tempoh latihan industri, beliau telah mendapat peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran seni reka grafik dalam konteks sebenar. Pengalaman ini pasti memberikan perspektif praktikal yang berharga dan meningkatkan kecekapan beliau dalam bidang ini.


Selamat maju jaya kepada beliau dalam kerjaya seni reka grafik. Saya yakin dengan dedikasi dan usaha yang gigih, beliau akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan memberikan sumbangan yang berharga dalam industri ini.


Terima kasih sekali lagi atas sumbangan beliau dan harap jumpa lagi di masa hadapan.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa' 


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#pelajarlatihanindustri

#libraryipgki2023

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

23 May 2023

Sesi Perkongsian 'Aplikasi Atas Talian'



23 Mei 2023 - Sesi perkongsian ‘Aplikasi Atas Talian’ telah disampaikan oleh En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan dalam Bengkel Seni Mengajar Bahasa Melayu yang melibatkan 104 orang guru dari kawasan Kinta Utara.


Semoga bengkel ini dapat memberi impak positif kepada para peserta yang hadir. Seterusnya, ilmu yang diperoleh dapat dikongsikan bersama-sama guru -guru lain di sekolah masing-masing.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

17 May 2023

Hebahan : Program Jom Baca Bersama 10 Minit - Baca Bina Insan



JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2023 | BACA BINA INSAN | 18 MEI 2023 (KHAMIS) | 11.00 – 11.10 PAGI


Sebagai tanda sokongan, Jom sertai pertandingan bergambar anjuran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Semua warga IPG Kampus Ipoh, Siswa Siswi Pendidik dan warga Maya Perpustakaan IPGK Ipoh seluruh Malaysia.. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


Walau apa pun yang anda lakukan berhenti sejenak dan Jom Baca Bersama secara serentak iaitu:

1️⃣ Pada 18  Mei 2023 tepat pukul 11.00 pagi (Khamis)

2️⃣Di mana-mana anda berada.

3️⃣Klik like / tanda suka pada paparan poster Jom Baca 10 Minit di media sosial Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh

4️⃣Muat naik gambar anda membaca bersama buku/e-buku/bahan bacaan yang lain di media sosial sendiri.

5️⃣Tagged media sosial FB / IG  Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh bersama kapsyen yang menarik.

6️⃣Untuk melayakkan penyertaan *wajib* meletakkan tanda pagar :

#perpustakaanipgki #jombacaipgki2023 


beserta salah satu tanda pagar ini :

#bacabinainsan 

#malaysiamembaca 

#bangsamembacabangsaberjaya

#jombacabersama10minit2023


๐Ÿ“ธ Tarikh tutup : 18 Mei 2023 Jam 4.00petang ๐Ÿ“ธ


Adakah gambar anda yang kami cari?


Gambar & kapsyen menarik akan menerima hadiah misteri daripada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.


Jom sertai kami!!


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgki 

#jombacaipgki2023

#jombacabersama2023

 #BacaBinaInsan

#malaysiamembaca

16 May 2023

Selamat Hari Guru

 


SELAMAT HARI GURU 2023

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" – (Al-Mujadalah 11).

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#libraryipgki2023

#Selamathariguru2023

7 May 2023

Makluman : Perginya Seorang Pustakawan

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Dukacita dimaklumkan Pn. Sabariah binti Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. 


ุงِู†ّุง ู„ِู„ู‡ِ ูˆَุงِู†ّุง ุงِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†


ุฃَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْู„َู‡ُ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُ ูˆَุนَุงูِู‡ِ ูˆَุงุนْูُ ุนَู†ْู‡ُ ูˆَุฃَูƒْุฑِู…ْ ู†ُุฒُู„َู‡ُ ูˆَูˆَุณِุนْ ู…َุฏْุฎَู„َู‡ُ ูˆَุงุบْุณِู„ْู‡ُ ุจِุงู„ْู…َุงุกِ ูˆَุงู„ْุซَู„ْุฌِ ูˆَุงู„ْุจَุฑَุฏِ، ูˆَู†َู‚ِّู‡ِ ู…ِู†َ ุงู„ْุฎَุทَุงูŠَุง ูƒَู…َุง ู†َู‚َّูŠْุชُ ุงู„ุซَّูˆْุจَ ุงู„ุฃَุจْูŠَุถَ ู…ِู†َ ุงู„ุฏَّู†َุณِ، ูˆَุฃَุจْุฏِู„ْู‡ُ ุฏَุงุฑًุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฏَุงุฑِู‡ِ ، ูˆَุฃَู‡ْู„ุงً ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฃَู‡ْู„ِู‡ِ ูˆَุฒَูˆْุฌًุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฒَูˆْุฌِู‡ِ ، ูˆَุฃَุฏْุฎِู„ْู‡ُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ، ูˆَุฃَุนِุฐْู‡ُ ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงْู„ู‚َุจْุฑِ ูˆَู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ู†َّุงุฑِ


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya 


Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Takziah buat seluruh keluarga Pn Sabariah bt. Khairuddin keatas pemergian beliau sebentar tadi. Moga roh Allahyarhamah berada bersama  orang-orang yang beriman dan  di rahmati Allah swt. Aamiinn