Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

4 Nov 2020

Bengkel Literasi Maklumat 2020 : Unit W7

 


4 November 2020 - Pada jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi, seramai 18 orang guru pelatih Unit W7 Bahasa Cina berjaya mengikuti Bengkel Literasi Maklumat anjuran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih semua Staf perpustakaan yang sangat komited menjayakan program ini. Moga pengisian bengkel ini dapat dimanafaatkan bersama. Tahniah di atas kehadiran semua.

2 Nov 2020

Pembaca Buku Terbanyak Bulan Oktober 2020

 


Tahniah kepada  Pembaca Buku Terbanyak Bulan Oktober 2020. Sila ke Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk menerima hadiah. Terima kasih kerana sentiasa berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

31 Oct 2020

Pertandingan Sayembara Puisi Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa 2020 : Secara Dalam Talian Tahun 2020 (Kategori Deklamasi Sajak)

 


Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berkolaborasi memuatnaik video Pertandingan Sayembara Puisi Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa. Semoga kolaborasi ini dapat memberi impak positif dan besar kepada para peserta dalam dan luar negara serta warga IPG Kampus Ipoh. Syabas atas penyertaan dan semoga berjaya.

Peserta 1-5

Peserta 6-10

Peserta 11-15

Peserta 16-20

Peserta 21-23

Peserta 24-26

Peserta 27-32


16 Oct 2020

Program Puisi Tiang Lampu 2020

 



16 Oktober 2020 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu berjaya menganjurkan Program Puisi Tiang Lampu 2020. Sebagai catatan, program ini dianjurkan untuk tahun ke empat. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Turut hadir En. Shamsudin b Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu.

Dalam program ini dianjurkan pertandingan mendeklamasi sajak/puisi dan persembahan puisi oleh pensyarah. Seramai 8 orang guru pelatih yang mengambil bahagian dalam pertandingan mendeklamasi sajak. Johan dimenangi oleh Cik Nur Aida Syafiqa bt Ramli, En. Mohd Luqman Hakim bin Mohd Daud menjadi Naib Johan manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh En. Mohd Afham Irfan bin Mohd Asmariza @Kamaruzaman.

Manakala 6 orang pensyarah yang telah membuat persembahan puisi dan lagu. Antaranya ialah Pn. Hajah Nor Hashimah bt Mohamed Said , Dr. Kanakambal a/p Velusamy, Dr. Hj. Noor Azmi b Osman, En. Azmi b Mohamad @ Md Jalani, En. Asri bin Haji Che Mat dan En. Mohamad b. Lani . Persembahan khas puisi oleh En. Ahmad Salleh bin Hj. Ahmad, Persatuan Karyawan Perak. Begitu juga persembahan seloka secara berkumpulan dibawah pimpinan Pn. Hajah Nor Hashimah bt Mohamed Said.

Barisan juri terdiri daripada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Juri), Pn. Norehan bt Hj. Mohamed dan En. En. Zaini b Abdul Ghani.

Alhamdulillah, semua perancangan dalam program ini berjalan dengan lancar dengan izinNya. En. Muhammad Nurul Azmi bin Ahmad Nor @Mat Nor ( Ketua Unit Pusat Sumber) merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau juga menzahirkan rasa bangga melihat kerjasama diantara semua staff perpustakaan dan AJK program ini yang sangat komited dalam tugasan. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan dan dimantapkan lagi di masa akan datang. Tahniah kepada semua.


15 Oct 2020

Bengkel Literasi Maklumat : Unit W6

15 Oktober 2020 - Pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, Bengkel Literasi Maklumat Unit W6 telah diadakan di Perpustakaan. Seramai 16 orang guru pelatih Pengajian Bahasa Inggeris berjaya mengikuti bengkel ini. Semoga pengisian bengkel ini dapat dimanafaatkan oleh guru pelatih. Terima kasih kepada Mentor dan semua staf perpustakaan yang sangat komited menjayakan program ini.

9 Oct 2020

Bengkel Literasi Maklumat : Unit W12

 



9 Oktober 2020 - Tahniah kepada Guru Pelatih Unit W12 (Sejarah) kerana telah berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Semoga perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dapat membantu dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Terima kasih kepada semua kakitangan Unit Perpustakaan yang sangat komited menjayakan bengkel ini. Tahniah semua!

7 Oct 2020

Surat Khabar di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Makluman kepada semua pengguna kami, 5 naskhah surat khabar kini terdapat di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh 😍😍 kami mengalu-alukan kedatangan anda 🌹🌹🌹

Berita Harian, The Star, News Straits Times, Tamil Nanban dan Sin Chiew

Tahniah Kepada Pembaca Buku Terbanyak : Julai, Ogos dan September 2020

 

Tahniah kepada semua pembaca buku terbanyak di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Sila ke Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk menerima hadiah. Terima kasih.

 






Buku Terkini Oktober 2020

 


Moh!!! Rujuk dan pinjam buku di sini. Unit Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh  sangat berbangga dengan hasil penerbitan yang sentiasa menjadi sumber rujukan semua. Pada bulan ini sebanyak 4 naskah buku adalah hasil penerbitan dari pensyarah dan pelajar kita. Tahniah semua!!! 

🥰

#pinjamanbukuterbanyakperpustakaanipgki
#tokohmembacaperpustakaanipgki2020
#readmeabook
#pnm

Bengkel Literasi Maklumat : Unit W10 dan Unit W11

 


7 Oktober 2020: Tahniah kepada Guru Pelatih Unit W10 dan W11 (Pendidikan Sukan) kerana telah berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Semoga perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dapat membantu dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Terima kasih kepada Ketua Pusat Sumber En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam menjayakan bengkel ini, begitu juga dengan Pustakawan Pn. Sabariah Khairuddin, Pn. Nasimah Abdul Jal dan Pn. Nazariah Mat Mizar yang sentiasa bersemangat menyalurkan info yang bermanfaat ini. Tahniah kepada semua.