Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

30 Aug 2023

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-66 Tahun

 "Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66"



Ayuh semarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun 2023 dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik yang bertemakan 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan!'


📢Jangan lupa sertai pertandingan yang dianjurkan oleh kami.. 


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#merdeka2023

#merdeka66

#tekadperpaduanpenuhiharapan

22 Aug 2023

Hebahan : Pertandingan Foto Kreatif Merdeka

 PERTANDINGAN FOTO KREATIF MERDEKA.



🔖PENYERTAAN_PERCUMA !!!


🎁SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!


📆Tempoh penyertaan : 18 Ogos 2023 hingga 04 September 2022.


📍 Warga IPGKI dijemput untuk menyertai dalam Pertandingan Foto Kreatif Merdeka yang dianjurkan oleh Perpustakaan IPGKI. Sertai cabaran kreatif ini dan abadikan semangat kemerdekaan dalam setiap imej.


📍 Setiap penyertaan berhak menerima sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan. Anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik! Tunggu panggilan dari pihak perpustakaan untuk maklumat lanjut!


🎊Rebut Peluang untuk Memenangi Hadiah Hebat!


🌟 Jangan lepaskan peluang ini untuk menunjukkan kreativiti anda melalui seni fotografi. Sertai pertandingan ini dan menjadi sebahagian daripada perayaan merdeka yang penuh makna!


💡Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak perpustakaan untuk maklumat lebih lanjut.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#jejakwarisankemerdekaanipgki2023

Hebahan : Pertandingan Poster Digital Merdeka

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL MERDEKA.



🔖PENYERTAAN_PERCUMA !!!


🎁SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!


📆Tempoh penyertaan : 18 Ogos 2023 hingga 04 September 2022.


📍 Jom sertai Pertandingan Poster Digital Merdeka yang dianjurkan oleh Perpustakaan IPGKI. Anda dijemput untuk menunjukkan bakat kreatif dalam merayakan semangat kemerdekaan negara kita. Sertai dan Wujudkan Kreativiti Anda dalam Merayakan Kemerdekaan!


📍 Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan digital sebagai penghargaan atas usaha anda. Sijil ini akan diberikan selepas pertandingan berakhir. Tunggu panggilan dari pihak perpustakaan untuk maklumat lanjut! 


🎊Rebut Peluang untuk Memenangi Hadiah Hebat!


🌟 Jangan lepaskan peluang ini untuk menunjukkan sokongan kepada semangat kemerdekaan dan menghasilkan karya seni digital yang bermakna. Mari bersama-sama merayakan perjuangan dan kejayaan negara kita!


💡Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak perpustakaan untuk maklumat lebih lanjut.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#jejakwarisankemerdekaanipgki2023

Hebahan : Pertandingan Kuiz Jejak Warisan Kemerdekaan

 PERTANDINGAN KUIZ JEJAK WARISAN KEMERDEKAAN.



🔖PENYERTAAN_PERCUMA !!!


🎁SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!


📆Tempoh penyertaan : 18 Ogos 2023 hingga 04 September 2022.


📍Warga IPG Kampus Ipoh dijemput ke perpustakaan untuk melihat dan membaca pameran jejak warisan yang disediakan di ruang pameran dalam Perpustakaan IPGKI


📍Sijil penyertaan digital akan diberikan selepas anda menjawab soalan kuiz. Pihak perpustakaan akan menghubungi anda.


🌟Pameran dan Pertandingan kuiz jejak warisan ini merupakan peluang yang menarik bagi warga IPGKI untuk mempelajari dan menghargai warisan kemerdekaan. Semoga anda mendapat pengalaman yang berharga dan mungkin memenangi hadiah-hadiah yang menarik. 


💡Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak perpustakaan untuk maklumat lebih lanjut.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#jejakwarisankemerdekaanipgki2023

Hebahan : Jom Sertai Eksplorasi Merdeka Perpustakaan IPG Kampus Ipoh 2023

 JOM SERTAI EKSPLORASI MERDEKA PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH 2023


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Warga IPG Kampus Ipoh.



📍Kami mempelawa kepada semua Warga IPG Kampus Ipoh untuk menyertai pertandingan - pertandingan yang dianjurkan oleh Perpustakaan IPGKI sebagai tanda serlahkan semangat patriotik dalam jiwa.


📆Pertandingan bermula 18 Ogos 2023 hingga 08 September 2023.


🔖PENYERTAAN_PERCUMA !!!


🎁SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!


📍Nantikan syarat-syarat pertandingan dari masa kesemasa..


📍Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak perpustakaan untuk maklumat lebih lanjut.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#jejakwarisankemerdekaanipgki2023

Hebahan : Pameran Jejak Warisan Sempena Bulan Kemerdekaan

 PAMERAN JEJAK WARISAN KEMERDEKAAN 2023




Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Warga IPG Kampus Ipoh.


Warga IPG Kampus Ipoh dijemput ke Perpustakaan IPGKI untuk melihat dan membaca Pameran Jejak Warisan sempena Bulan Kebangsaan ke-66 Tahun yang disediakan di ruang pameran dalam Perpustakaan IPGKI.


Inisiatif ini adalah satu langkah yang besar dalam meraikan sejarah dan kebanggaan negara kita. Dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-66, pameran jejak warisan kemerdekaan ini membawa kita untuk merenung semula perjuangan dan pengorbanan yang telah membawa negara kita ke arah kemerdekaan. Pameran ini pastinya akan memberi ruang kepada kami untuk memahami lebih mendalam tentang peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan mencapai kemerdekaan.


Semoga pameran ini berjaya dan menjadi sumber inspirasi untuk semua orang. 


📍Kami juga mempelawa kepada semua Warga IPG Kampus Ipoh untuk menyertai pertandingan - pertandingan yang dianjurkan oleh Perpustakaan IPGKI sebagai tanda serlahkan semangat patriotik dalam jiwa.


📆Pertandingan bermula 18 Ogos 2023 hingga 08 September 2023.


🔖PENYERTAAN_PERCUMA !!!


🎁SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!


📍Nantikan syarat-syarat pertandingan dari masa kesemasa..


📍Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak perpustakaan untuk maklumat lebih lanjut.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#jejakwarisankemerdekaanipgki2023

17 Aug 2023

Top Borrower Bagi Bulan Julai 2023

 🎉🎉TOP BORROWER JULAI 2023🎉🎉





Tahniah diucapkan kepada semua ‘Top Borrower Of The Month’.


🎁Hadiah misteri bagi pemenang yang diumumkan boleh dituntut di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh🎁


📚JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH.📚


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#Topborrower2023

#mohpinjambuku

16 Aug 2023

Lawatan Pelajar SMK Pangkalan TLDM Lumut, Perak

 Selamat datang ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kepada para pelajar SMK Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.




16 Ogos 2023 : Kami dengan sukacitanya menyambut kedatangan anda semua ke perpustakaan kami. Kami berharap pengalaman anda di perpustakaan ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada anda semua untuk terus mengembangkan minat membaca dan pengetahuan dalam perjalanan pendidikan anda.


Sekali lagi, selamat datang ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, dan kami berharap anda semua akan mendapati manfaat yang besar dari sumber-sumber dan layanan yang kami sediakan. Semoga anda semua berjaya dalam perjalanan pendidikan anda yang mendatang.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa' 


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#selamatdatang

#libraryipgki2023

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Pelajar Baharu PISMP Ambilan Jun 2023 (Unit A)

 



16 Ogos 2022 – En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah memberi Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan kepada Pelajar Baharu PISMP Ambilan Jun 2023 (Unit A).

Taklimat ini adalah satu langkah penting dalam memperkenalkan sumber dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pelajar baharu. Kami berharap bahawa taklimat ini memberi pandangan yang lebih jelas kepada pelajar mengenai cara mengakses dan memanfaatkan sumber-sumber ilmu yang ada di perpustakaan.


Selamat belajar dan semoga berjaya dalam pengajian anda! 📚🎓🌟


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#story2023

Lawatan Pemeriksaan External Examiner (EE) Bagi Program Diploma Pascasiswazah Perguruan (PDPP) TESL


LAWATAN PEMERIKSAAN EXTERNAL EXAMINER (EE) BAGI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PERGURUAN (PDPP) TESL.

16 Ogos 2023 - Lawatan pemeriksaan External Examiner (EE) bagi Program Diploma Pascasiswazah Perguruan (PDPP) TESL iaitu Prof Dr Julianna dari Universiti Malaya dan Dr Asunta dari IPG Kampus Ilmu Khas ke perpustakaan IPG Kampus Ipoh adalah merupakan salah satu proses pemeriksaan dan penilaian program Diploma Pascasiswazah Perguruan (PDPP) TESL.

Kunjungan ke perpustakaan adalah salah satu aspek penting dalam menilai kecemerlangan program pendidikan, dan ia membantu EE dalam membuat penilaian yang komprehensif tentang keseluruhan program.

Hasil daripada pemeriksaan EE, fasiliti perpustakaan, koleksi buku, sumber-sumber elektronik, dan kemudahan lain yang disediakan oleh perpustakaan untuk sokongan pengajaran dan pembelajaran program TESL adalah mencukupi.

Secara keseluruhanya, dalam lawatan ini, Prof Dr Julianna dan Dr Asunta mengungkapkan rasa kagum mereka terhadap mobiliti siswa dalam program ini. Mereka terkesan dan kagum dengan program internship yang dijalankan oleh IPG Kampus Ipoh yang membolehkan siswa keluar dari negara untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang lebih luas. Ini juga menunjukkan bahawa program PDPP TESL sedang berusaha untuk menyahut saranan Go Global, yang bermakna program ini berusaha untuk memberikan pengalaman yang lebih antarabangsa kepada siswanya.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa' 

#perpustakaanipgkampusipoh
#perpustakaanipgki
#libraryipgki
#selamatdatang
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#auditTESL